Panduan kecantikan dan kesihatan daripada Dr Oz
Dr Mehmet Oz dikenali di negaranya kerana berjaya membantu masyarakat umum memahami tubuh badan mereka dengan mempermudah istilah saintifik. Dapatkan beberapa panduan kesihatan dan kecantikan daripada Dr Oz dalam artikel kali ini.
Dr Mehmet Oz
Siapa?
Dr Mehmet Oz adalah seorang pakar bedah jantung, Profesor di Jabatan Pembedahan di Universiti Columbia, Pengarah di Cardiovascular Institute and Complementary Medicine Program di Hospital New York-Presbyterian serta Pengasas dan Pengerusi HealthCorps yang memberi insentif kepada graduan kolej untuk menghabiskan dua tahun di sekolah sebagai mentor kepada pelajar-pelajar dalam isu kesihatan, nutrien dan kecergasan. Pernah dijemput ke ‘The Oprah Winfrey Show’, beliau kini punyai talkshow sendiri, ‘The Dr Oz Show’. Beliau juga merupakan penerima pelbagai anugerah sebagai individu, pengkaji dan hos.
Mengapa?
Dua perkara utama menjadi tarikan dan juga sumbangannya kepada masyarakat umum, terutama di USA.
1. Menawarkan penyelesaian kepada masalah kesihatan dengan perubatan alternatif yang boleh anda lakukan sendiri melalui konsep pencegahan berbanding rawatan.
2. Memudahkan istilah-istilah saintifik agar senang difahami orang awam. Ini telah memberi semangat kepada mereka untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri tanpa terlalu bergantung kepada institusi perubatan.
Penyelesaian yang ditawarkan lebih kepada sumber semulajadi yang murah serta meletakkan tanggungjawab kepada diri anda – lakukannya atau tidak!
Kami kongsikan beberapa panduan kesihatan dan kecantikan daripada Dr Oz dan rakan-rakan. Layari laman web beliau untuk panduan yang lebih banyak. Usah khuatir kerana Dr Oz tidak mengeluarkan produk kesihatannya sendiri juga tiada iklan mana-mana jenama kesihatan di lamannya.
Tip Penjagaan Rambut
- Mencuci -
Rambut sangat sensitif dan mesti dikendalikan umpama kain sutera. Sebelum mencuci, leraikan kekusutan dengan lembut menggunakan berus rambut atau jari. Biarkan rambut lepas dan mulakan cucian pada kulit kepala dengan mengurut. Kemudian ratakan syampu hingga ke hujung rambut.

- Perapi -
Perapi membuatkan rambut nampak berkilat dan mengekalkan kesihatan rambut dengan melembut dan melindunginya daripada kerosakan. Gunakan perapi sekerap yang anda inginkan.

- Mengeringkan -
Rambut basah sangat rapuh dan mudah putus. Hanya tekapkan tuala pada rambut atau gunakan tuala yang kuat daya serapan untuk mengeringkannya. Gunakan sikat bergigi jarang untuk meleraikan rambut basah yang kusut. Jika ingin menggunakan pengering, pastikan kepanasan rendah.

Tip Mengatasi Selulit
- Garam dan gula -
Pertama, elakkan terlalu banyak gula. Ia akan disimpan dalam sel lemak dan menyebabkannya mengembang. Kedua, hadkan pengambilan garam. Sodium menyebabkan pengekalan cairan, membuatkan selulit kelihatan lebih buruk. Hadkan pengambilan gula kepada 6 sudu teh sehari dan elakkan makanan yang mengandungi lebih daripada 200mg sodium.

- Potong lwn. Pes -
Pes tomato mengandungi dos lycopene yang tinggi, lebih daripada yang boleh didapati pada tomato biji. Kajian mutakhir menunjukkan, tomato dalam bentuk pes terbukti mengurangkan kerosakan disebabkan sinaran UV dan mengelakkan pecahan kolagen. Dengan mengekalkan kolagen pada kulit, anda mengekalkan lapisan tebal yang sihat melapisi lapisan lemak, yang juga mengurangkan selulit.

Tip Penjagaan Kulit Wajah
- Memperbetul kerosakan -
Bagi ‘age spots’ atau hiperpigmentasi, amalkan petua wanita Korea. Rendam tuala muka ke dalam air basuhan beras dan tekapkan pada wajah. Beras mengandungi PABA, asid ferulik dan alantoin tinggi yang kesemuanya tinggi dengan anti-oksidan, anti-keradangan dan sifat pelindung kulit. Hasilnya kulit berkompleksi lembut dan kurang tompok gelap.

- Pencuci muka -
Gunakan produk ‘pH-balanced’. Jika tidak memedihkan mata, ia tidak membahayakan kulit. Pori-pori mengecil jika kulit wajah bersih daripada minyak berlebihan dan kotoran. Cuci dua kali sehari dan elakkan mencuci lebih daripada beberapa saat. Gosokan berlebihan memburukkan lagi ekzema dan acne. Hindari sabun dengan pewarna dan pewangi bagi mengelakkan alahan.

- Kulit mati -
Membuang kulit mati penting bagi pembentukan kulit baru. Jika bersolek setiap hari, skrub setiap malam. Jika tidak, cukup semingu sekali. Untuk produk di pasaran pastikan ia mengandungi asid yang bersesuaian dengan tahap keasidan semulajadi kulit seperti asid alpha-hydroxy (asid glycolic). Sebagai alternatif gunakan apple cider vinegar atau campuran gula perang dan minyak zaitun. Untuk badan, gunakan span loofah bagi membuang kulit mati.

Tip Penjagaan Mulut dan Gigi
- Berus gigi: Epal -
Buah epal yang rangup bertindak seperti berus gigi semasa mengunyahnya dengan menghilangkan makanan lebihan dan bakteria pada mulut serta melunturkan kotoran pada permukaan gigi. Ia mengandungi asid malic, sejenis bahan kimia yang digunakan untuk produk pemutihan gigi.

- Pencuci mulut: Kismis -
Kismis membantu mengekalkan putih gigi dengan menggalakkan rembesan air liur. Rembesan air liur yang ditingkatkan membantu membilas plak secara semulajadi. Rembesan air liur juga ditingkatkan dengan makanan kaya serat seperti lobak merah dan seleri, yang juga menjadi penghapus bau mulut.

- Pengharum mulut: Teh Hitam -
Teh hitam membantu mengekalkan bau mulut yang harum kerana ia penuh dengan polifenol, sejenis anti-oksidan yang kuat yang menghentikan plak daripada melekat pada gigi. Kajian juga mendapati porifenol menghalang perkembangan bakteria dalam mulut, lalu mengurangkan bau busuk.

Tip Kesihatan Badan
- Limau Lemon -
Campurkan jus daripada setengah biji lemon dengan 240ml air tapis yang dimasak dan pemanis semulajadi seperti madu. Minum sebelum atau ketika bangun tidur. Ia membantu sistem penghadaman dan imunisasi untuk bekerja dengan baik dan menyihatkan kulit. Juga, ia membantu membuang kolesterol dan mencipta persekitaran sokongan untuk bakteria baik.

0 Response to "Panduan kecantikan dan kesihatan daripada Dr Oz"
Post a Comment