INI 5 KELEBIHAN TIMUN UNTUK KULIT WAJAH ANDA
Timun sering digunakan sebagai masker alami dan ia sering menjadi pilihan wanita untuk membantu mendapatkan kulit yang cerah dan licin. Mengapa timun begitu popular dalam dunia kecantikan? Berikut adalah lima kebaikan timun untuk kulit wajah anda.
Memulihkan Kulit Kusam
Menurut livescience.com, timun mengandungi beberapa antioksidan seperti vitamin C dan BETA-CAROTENE dan juga silica yang penuh dengan magnesium dan potassium yang baik untuk membantu mengurangkan lingkaran hitam di sekitar mata. Anda boleh letakan dua hirisan timun di bahagaian mata dan biarkan selama 30 minit.
Rawat kulit Wajah Sensitif
Kulit wajah yang sensitif boleh menyebabkan keradangan. Wajah akan mudah menjadi merah, mengelupas bahkan boleh menimbulkan jerawat. Menurut artikel yang disiarkan oleh livescience.com, timun mengandungi kesan penyejukan yang dapat membantu mengurangkan bengkak, rengsa pada wajah dan keradangan apabila digunakan dengan kerap.
Merawat Selaran Matahari (sunburn)
Anda tidak mahu melakukan aktiviti luar kerana takut kulit dibakar oleh sinaran matahari? Kini, anda tidak perlu risau. Menurut jurnal yang diterbitkan oleh PubMed.gov, timun mempunyai kuasa untuk meredakan kesan kulit terbakar oleh sinaran matahari. Oleh itu, sebaik sahaja anda selesai melakukan aktiviti luar, anda boleh meletakkan timun pada kesan terbakar di kulit anda.
Mengatasi Masalah Kulit Kering
Masker timun juga boleh membantu untuk mengatasi masalah kulit kering. Menurut laman sesawang MedicalNewsToday.com, timun mengandungi air dan elektrolit penting yang dapat membantu untuk memberikan kelembapan pada kulit anda. Selain itu, ia juga membantu anda menghidrasikan tubuh yang kehilangan air.
Mencegah Penuaan Kulit
Timun mengandungi Vitamin C dan asid Caffeic yang berfungsi untuk mencegah penuaan kulit wajah. Dua bahan utama ini dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah dan mengembalikan keserian kulit wajah anda.
0 Response to "INI 5 KELEBIHAN TIMUN UNTUK KULIT WAJAH ANDA"
Post a Comment