3 Petua Putihkan Ketiak Yang Berkesan. Kalau Hitam, Kasi Cerah!

Masalah ketiak hitam sememangnya boleh menjejaskan penampilan. Ada banyak sebab mengapa ia berubah warna antaranya penggunaan deodoran yang tidak sesuai dengan kulit, kerap mencukur bulu ketiak dan kurang memberi perhatian pada bahagian tersebut.
Bagi orang yang mengandung, lagi stress bila ketiak hitam bukan?

PETUA PUTIHKAN KETIAK

Usah risau, senang sahaja untuk memutihkan kembali bahagian itu.

1. GUNA LIMAU NIPIS DAN KAPUR SIRIH

Cara memutihkan kulit

Antaranya ialah dengan perah limau nipis bersama kapur sirih dan gaulkannya. Kemudian sapu pada bahagian ketiak antara 20 hingga 30 minit sebelum bilas dengan air. Seeloknya lakukan selepas mandi.

2. GUNA HIRISAN TIMUN

Foto Kredit: freefoodphotos.com http://www.freefoodphotos.com/imagelibrary/vegetables/slides/chopped_cucumber.html

Tidak pun, letak sahaja hirisan timun dan kepitkan pada ketiak selama yang boleh.

3. GUNA MINYAK ZAITUN

Foto Kredit: fairwaymarket.com http://blog.fairwaymarket.com/2013/02/the-truth-about-olive-oil/

Jika kedua-dua cara tidak sesuai dengan anda, cara lain adalah dengan menyapu minyak zaitun pada bahagian ketiak. Minyak zaitun memang terbukti baik untuk kulit.

AKHIR KATA

Petua putihkan ketiak

Bukan sahaja mengurangkan kesan hitam malah membaiki kulit yang kusam. Orang yang bakal berkahwin, mesti baca.
Selamat mencuba!

0 Response to "3 Petua Putihkan Ketiak Yang Berkesan. Kalau Hitam, Kasi Cerah!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel